Posts

Pengenalan

Sebagai pemilik dan penulis blog ini, saya memperkenalkan blog ini mengisahkan tentang skop pendidikan, iaitu pendidikan Agama yang menceritakan hukum, amalan, kelebihan seseuatu amalan yang wujud dalam Islam . Secara umumnya, kita mengetahui bahawa Islam sangat kaya dengan amalan dan ibadah yang membawa kita ke arah kebaikan dan mendorong keterbukaan pintu syurga dan redha Allah. Serba sedikit saya kongsikan ilmu dan info tentang amalan-amalan tertentu untuk beribadat dan mengabdikan diri sebagai hamba Allah.

Amalan bersedekah

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu. Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu .” Ganjaran bagi sesiapa yang berselawat: 1 – Menghapuskan Dosa Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu. Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat nasuha untuk tidak mengulanginya lagi. Baginda s.a.w bersabda yang bermasud: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” Hadis Riwayat at-Tirmidzi 2 – Memisahkan Diri Dari Neraka Nabi s.a.w bersabd...

Solat sunat taubat

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan  dosa. Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat. Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah. Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah. Antara syarat-syarat taubat adalah: Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan ...

Amalan berselawat

Pengenalan SELAWAT . Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan.  Dari segi syarak pula adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W. Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.  Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi perlu berselawat kepada baginda nabi SAW. 1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan? Makna Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W.  Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya. 2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat Daripada ...

Menahan diri (Puasa)

Kelebihan berpuasa: Berpuasa bukan sahaja memberi ganjaran kepada umat islam yang berpuasa, malah ia juga memberi kebaikan terhadap manusia dari sudut pengajian sains. Berikut adalah antara kelebihan dan kebaikan salah satu daripada rukun islam, iaitu puasa: 1)   Sabda nabi SAW: “Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan denganpenuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Tetapi yang Nabi SAW maksudkan adalah dosa-dosa kecil sahaja yang akan diampuni. Ada pun dosa besar memerlukan taubat yang khusus dan kalau dosa tersebut terlibat dengan manusia maka terlebih dahulu kesalahan tersebut dimaafkan oleh mangsa baharulah Allah akan ampunkan dosa tersebut. 2. Nabi SAW bersabda: “Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan. Orang–orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk maka pintu itu akan dikunci sehingga orang–orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya.” 3. Nabi SAW bersabda: “Orang yang ...