Solat sunat taubat

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa.
Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.
Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.
Antara syarat-syarat taubat adalah:
  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya, maka hendaklah ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memberitahu kesalahan yang telah dilakukan.

Jumlah rakaat solat sunat taubat
Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.
Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat
Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.



Comments

Popular posts from this blog

Amalan bersedekah

Amalan berselawat