Amalan berselawat

Pengenalan SELAWAT .
Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan. 
Dari segi syarak pula adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W.
Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. 
Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi perlu berselawat kepada baginda nabi SAW.





1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala

Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan?
Makna Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W. 
Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya.

2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat

Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang berselawat kepada ku , maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali, dan dihapuskan dosanya serta diangkat 10 darjatnya”
Kita hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah memberi peluang kepada kita dengan menghapuskan dosa kecil melalui amalan berselawat kepada Nabi S.A.W. Sekali disebut, 10 dosa Allah ampunkan.
Bukan itu sahaja, Allah mengangkat darjat hambaNya yang sering berselawat kepada Nabi S.A.W. Sungguh, terbuktilah amalan berselawat banyak kebaikannya.

3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat

Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani
Syafaat Nabi S.A.W antara pertolongan paling besar ketika manusia sedang terkapai-kapai inginkan bantuan di padang mahsyar nanti.
Ketika insan lain tidak mampu membantu kita. Tidak kira, ibu, ayah, kakak, abang, sebaik dan serapat mana orang lain dengan kita di atas muka bumi, belum pasti dapat menolong kita di hari akhirat nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Solat sunat taubat

Amalan bersedekah