Menahan diri (Puasa)
Kelebihan berpuasa:
Berpuasa bukan sahaja memberi ganjaran kepada umat islam yang berpuasa, malah ia juga memberi kebaikan terhadap manusia dari sudut pengajian sains. Berikut adalah antara kelebihan dan kebaikan salah satu daripada rukun islam, iaitu puasa:
1) Sabda nabi SAW: “Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan denganpenuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Berpuasa bukan sahaja memberi ganjaran kepada umat islam yang berpuasa, malah ia juga memberi kebaikan terhadap manusia dari sudut pengajian sains. Berikut adalah antara kelebihan dan kebaikan salah satu daripada rukun islam, iaitu puasa:
1) Sabda nabi SAW: “Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan denganpenuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Tetapi yang Nabi SAW maksudkan adalah dosa-dosa kecil sahaja yang akan diampuni. Ada pun dosa besar memerlukan taubat yang khusus dan kalau dosa tersebut terlibat dengan manusia maka terlebih dahulu kesalahan tersebut dimaafkan oleh mangsa baharulah Allah akan ampunkan dosa tersebut.
2. Nabi SAW bersabda: “Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan. Orang–orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk maka pintu itu akan dikunci sehingga orang–orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya.”
3. Nabi SAW bersabda: “Orang yang berpuasa satu hari ketika berjuang pada jalan Allah, wajahnya akan dijauhkan Allah dari neraka sejauh 70 kali musim luruh.”
4. Allah anugerahkan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
5. Allah gandakan pahala amalan pada bulan Ramadan. Nabi SAW bersabda; Setiap amalan anak Adam pasti dilipatgandakan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali kebaikan sehingga 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan tertentu sesuai kehendak Allah.
Allah berfirman: “Kecuali puasa, kerana puasa itu milik-Ku dan Akulah yang akan memberikan balasannya.”
6. Nabi SAW bersabda: “Ketika sedang berbuka, seseorang yang berpuasa memiliki satu doa yang tidak akan ditolak oleh Allah.” Maka jangan lepaskan peluang ini berdoalah kepada Allah.
7. Segala syaitan dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga puasa bukan sahaja menahan makan dan minum, bahkan daripada segala maksiat mata, telinga dan mulut serta lain-lain anggota.
Banyakkan membaca al-Quran, melakukan solat sunat dan bersedekah. Semoga Allah menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik atau mungkin yang terakhir bagi kita sebelum berjumpa Allah.
Undang-undang puasa (rukun puasa)
- Niat
Niat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih utama lagi bila ia di lafazkan. Hadis Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan niat”
Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti puasa bulan ramadhan, qadha puasa, puasa nazar atau puasa kafarat.
Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”
b. Manahan Diri
Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari. Selain itu, menahan diri di sini juga bermaksud Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: " Makan dan minumlah kamu semua sehingga jelas bagi kamu (dapat membezakan) antara benang putih dan benang hitam dari waktu fajar (Subuh). Kemudian, sempurnakan puasamu sehingga malam (Maghrib)". - Surah Al-Baqarah: 187-
Comments
Post a Comment